Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerpustakaan Muzium Brunei

PERPUSTAKAAN MUZIUM BRUNEI

Ditubuhkan pada tahun 1965, Perpustakaan Muzium Brunei merupakan sebuah unit yang bertanggungjawab dalam menyediakan maklumat dengan membekalkan bahan-bahan rujukan serta bacaan. Perkhidmatan ini disediakan khas untuk pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-Muzium Brunei dalam menyokong aktiviti-aktiviti atau projek penyelidikan yang dikendalikan oleh bahagian-bahagian dalam jabatan ini khususnya.

ANTARA KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:
  • Bilik Belajar / Perbincangan
  • Bilik Persidangan Mini
  • Karel Individu
  • Ruang Bacaan Ringan

Selain daripada menjadi tempat rujukan dan pencarian maklumat, Perpustakaan Muzium Brunei juga menyediakan perkhidmatan seperti:

PERKHIDMATAN
  1. Perkhidmatan Rujukan:
    • Memberikan khidmat nasihat kepada pengguna
    • Pencarian Maklumat
    • Rujukan Penyelidikan
    • Pertanyaan melalui telefon dan e-mel
  2. Perkhidmatan Peminjaman, Pemulangan dan Keahlian:
    • Khas untuk pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-Muzium Brunei sahaja
  3. Perkhidmatan Fotokopi
    • Mengikut syarat-syarat yang ditetapkan
  4. Perkhidmatan bibliografi dan terbitan:
    • Penyediaan katalog bahan perpustakaan
    • Penyusunan bibliografi Negara Brunei Darussalam
    • Pengindeksan

KOLEKSI PERPUSTAKAAN

Bahan ini dikategorikan ke dalam dua bahagian iaitu: Akses Terbuka dan Akses Tertutup.

 

AKSES TERBUKA

Yang dapat dipinjam dan dirujuk

AKSES TERTUTUP

Untuk dirujuk sahaja atas kebenaran

Koleksi Artikel TerpilihKoleksi Borneo
Koleksi BruneiKoleksi Nadir
Koleksi Keratan AkhbarKoleksi Kertas Kerja
Koleksi UmumKoleksi Peta
Koleksi VVIP

Koleksi Poster

Koleksi Sampul Surat Hari Pertama

Koleksi Setem

Koleksi Tesis dan Disertasi

Koleksi Winston Churchill


MEMOHON RUJUKAN

Penyelidik dari luar Jabatan dan orang awam yang berminat untuk membuat rujukan ke atas bahan-bahan perpustakaan Jabatan Muzium-Muzium bolehlah melalui prosedur seperti berikut:

perpustakaan_sop.png

MISI

  • Menyediakan perkhidmatan rujukan dan maklumat yang komprehensif bagi menyokong aktiviti pengkajian Brunei.
  • Mempertingkatkan pembangunan koleksi Borneo.
  • Mewujudkan rangkai kerja maklumat di antara perpustakaan-perpustakaan di Negara Brunei Darussalam

 

VISI

"Ke Arah Penyediaan Perputakaan yang Cemerlang dan Sebagai Pusat Pengkajian Brunei dan Borneo"