Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMuzium Maritim


WhatsApp Image 2018-08-02 at 15.36.37.jpeg

Muzium Maritim Brunei Darussalam terletak di Kota Batu, dan merupakan repositori sejarah maritim yang mengandungi peninggalan artifak dan pertukangan maritim dari berbagai era. Ia dibangunkan di bawah Rancangan Kemajuan Negara ke-10 dengan peruntukan BND5 juta di atas tanah seluas 3.53 hektar (8.74 ekar).

Reka bentuk Bangunan Muzium Maritim Brunei Darussalam adalah berkonsepkan sebuah kapal, dari pandangan depan, bersesuaian dengan penglibatan Negara Brunei Darussalam sebagai pusat perdagangan yang masyhur pada zaman dahulu.

Muzium Maritim Brunei Darussalam terdapat tiga galeri iaitu:

1 | KAPAL KARAM BRUNEI
Galeri ini mempamerkan penemuan Kapal Karam Brunei pada tahun 1997. Kapal Karam Brunei merupakan satu penemuan yang penting dalam sejarah maritim Negara Brunei Darussalam kerana ianya menggambarkan peranan Brunei dalam perdagangan maritim dengan negara-negara luar pada akhir abad ke-15 sehingga awal abad ke-16 masihi.

2 | KOTA BATU SEBAGAI PUSAT PERDAGANGAN
Kota Batu merupakan tapak arkeologi yang penting di Negara Brunei Darussalam. Tapak ini merupakan ibu kota Brunei Tua pada abad ke-14 sehingga abad ke-17 masihi. Pada ketika itu, Kota Batu merupakan pusat kerajaan, kota perdagangan dan penempatan. Pameran ini bertujuan untuk memperlihatkan sejauh mana kepentingan sungai kepada masyarakat Brunei melalui model-model perahu yang terdapat di Negara Brunei Darussalam dan teknologi pembuatannya.


MISI
“Untuk memelihara sejarah maritim Brunei dengan aritifak-artifak yang mempamerkan peranan Negara Brunei Darussalam sebagai kota perdagangan dan penempatan utama”

WAKTU LAWATAN

Sabtu  - Khamis
9.00 a.m. - 5.00 p.m.

Jumaat

9.00 a.m. -  11:30 a.m.

2:30 p.m. - 5:00 p.m.



(BULAN RAMADHAN)

Saturday  - Thursday
9.00 a.m. - 3.00 p.m.

Friday

9.00 a.m. -  11:30 a.m.

2:30 p.m. - 5:00 p.m.


.

NOTA:
Pintu masuk akan tutup 30 minit sebelum lawatan berakhir