Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMuzium Teknologi Melayu

WhatsApp Image 2018-08-02 at 15.36.38.jpeg


Muzium Teknologi Melayu dibuka rasmi pada 29 Februari 1988 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

 

Muzium ini mempamerkan pelbagai teknologi tradisi yang digunakan oleh penduduk tempatan di Negara Brunei Darussalam. Muzium ini banyak mempamerkan teknologi-teknologi tradisi yang digunakan oleh penduduk di Kampong Ayer dan masyarakat tempatan yang tinggal di kawasan darat.

 

Muzium Teknologi Melayu terdapat tiga galeri pameran iaitu:

 

GALERI 1 | RUMAH TRADISI KAMPONG AYER

Bahagian ini mempamerkan enam buah contoh rumah tradisional yang terdapat di Kampong Ayer dalam lingkungan akhir kurun ke-19 hingga pertengahan kurun ke-20. Evolusi penggunaan bahan-bahan binaan dapat dilihat melalui rekabentuk struktur binaan. Kesemua model-model rumah tersebut dapat menyediakan rekod pensejarahan kepelbagaian pengaruh-pengaruh bentuk binaan.

 

GALERI 2 | TEKNOLOGI TRADISI KAMPONG AYER

Bahagian ini mempamerkan pelbagai teknologi dan perusahaan tradisi yang terdapat di Kampong Ayer seperti alat menangkap ikan, tenunan, memburis perahu dan penuangan tembaga.

 

GALERI 3 | TEKNOLOGI TRADISI MASYARAKAT TEMPATAN DI KAWASAN DARAT

Bahagian ini mempamerkan beberapa jenis teknologi tradisi yang digunakan oleh masyarakat tempatan seperti dalam perusahaan membuat sago, pemprosesan gula dan penanaman padi. Galeri ini juga mampamerkan contoh rumah tradisional etnik Dusun, Kedayan, rumah panjang etnik Murut dan pondok etnik Penan.

 

MISI

“Untuk meningkatkan kualiti pembelajaran melalui pameran dan kajian”


THE MALAY TECHNOLOGY MUSEUM 

The Malay Technology Museum was opened on 29th February 1988 by His Majesty Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

This museum shows different types of traditional technology that was used by the local people in Brunei Darussalam. Most of the traditional technology featured in this museum are used by the water villagers and those who live on land. 

The Malay Technology Museum have three galleries:

1. TRADITIONAL HOUSES OF THE WATER VILLAGE 

This section features six traditional houses that can be found at the water village in the late 19thcentury until mid-20thcentury. The evolution of the craftsmanship can be seen in the building structures. These house models provide a detailed records of various influences of buildings. 

2. TRADITIONAL TECHNOLOGY OF THE WATER VILLAGE

This section features different types of technology and traditional industries that can be found in the water village such as fishing gear, weaving, boat making and copper casting.

3. LOCAL TRADITIONAL TECHNOLOGY OF THE LAND SETTLERS 

This section presents the different type of traditional technology use by the people leaving on land such as sago making, processes of sugar and harvesting rice. This gallery also displays examples of traditional houses of ethnic such as the Dusun, Kedayan, Murut and a Penan ethnic cottage. 

MISSION

" to improve the quality of learning experience through exhibitions and research"

  


WAKTU LAWATAN / OPENING HOURS

Sabtu  - Khamis / Saturday - Thursday
9.00 a.m. - 5.00 p.m.

Jumaat / Friday

9.00 a.m. - 11:30 a.m.

2:30 p.m. -  5.00 p.m.


(BULAN RAMADHAN)

Sabtu  - Khamis
9.00 a.m. - 3.00 p.m.

Jumaat
9.00 a.m. - 12.00 tengah hari 


NOTA / NOTE :
Pintu masuk akan tutup 30 minit sebelum lawatan berakhir

Entry is closed 30 minutes before closing

ALAMAT / ADDRESS :

Muzium Teknologi Melayu
Simpang 482
Kota Batu
Bandar Seri Begawan