Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMonumen dan Tapak-Tapak Arkeologi

MONUMEN BERSEJARAH DAN TAPAK-TAPAK ARKEOLOGI YANG DIWARTAKAN

Jabatan Muzium-Muzium juga memainkan peranan yang penting dalam mengawal dan memelihara monumen dan tapak-tapak bersejarah di negara ini supaya ianya tidak dimusnahkan oleh arus pembangunan negara yang berkembang pesat. Untuk ini, Jabatan Muzium-Muzium telah diperuntukan dengan satu akta yang dikenali sebagai Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam, 1967, edisi semakan 1984, 1990, 2002. 

Pencalonan monumen dan tapak bersejarah adalah atas sokongan Lembaga Muzium dan mesti memenuhi empat kriteria iaitu mempunyai nilai sejarah dan berusia lebih 50 tahun; mempunyai seni bina yang unik; mempunyai nilai budaya dan pembelajaran, dan mempunyai nilai ekonomi jika dimajukan. 

Di antara monumen dan tapak ini ialah:
‚Äč
The Museums Department role is also to monitor and preserve momuments and historical sites. To commit to this role, The Antiquities and Treasure Trove Act, 1967 revised 1984, 1990 and 2002 was established. 

A Museum Board ensures that each sites that are to be endorsed fulfil the four criterias mainly of historical value, more than 50 years old, unique architecture and design, of cultural and educational value and has an economic potential once developed. 

The listed monuments and sites are:



  1. Bangunan Bubungan Duabelas, Jalan Kota Batu, Bandar Seri Begawan
  2. Bangunan Setiausaha Kerajaan, Jalan Elizabeth II, Bandar Sri Begawan
  3. Bangunan Lama Pejabat Daerah Tutong dan Mahkamah, Jalan Inche Awang, Pekan Tutong,
  4. Bangunan Kastam dan Eksais Diraja, Jalan McArthur, berdekatan dengan Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan
  5. Bekas Bangunan Lapau Lama, Jalan James Pearce, Bandar Seri Begawan
  6. Gerbang Perpuspaan 1968, Berhadapan dengan Masjid Omar Ali Saifuddien dan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan
  7. Istana Darussalam, Tebing Sungai Kedayan, Kampong Sumbiling, Bandar Seri Begawan
  8. Istana Manggalela, Jalan Maulana, Kuala Belait
  9. Istana Pantai, Pantai Seri Kenangan, 2km dari Pekan Tutong
  10. Rumah Lama Pegawai Daerah Belait, Jalan Maulana, Kuala Belait
  11. Tapak Industri Getah Labu Estet (dengan keluasan 11 ekar) , Kampong Labu, kira-kira 16.7km dari Pekan Bangar, Daerah Temburong
  12. Tapak Lombong Arang Batu (dengan keluasan 62.205 ekar) 2.4km dari barat Pelabuhan Muara, Daerah Brunei Muara
  13. Tapak Sungai Limau Manis (dengan keluasan 100 ekar) Kawasan Sungai Limau Manis, Kampong Limau Manis, 
  14. Tugu Jam, Jalan Sultan dan Jalan Elizabeth, Bandar Seri Begawan
  15. Tugu Peringatan, Pekan Bangar Berdekatan Tebing Sungai Temburong

  1. Makam Sultan Sharif Ali (1425-1432) , Kota Batu 
  2. Makam Sultan Bolkiah (1485-1524), Kota Batu 
  3. Makam Sultan Husin Kamaluddin (1710-1730) dan (1737-1740), Luba 
  4. Makam Sultan Omar Ali Saifuddin I, (1740-1778), Malam Besar, Makam Diraja 
  5. Makam Sultan Muhammad Tajuddin (1778-1804, 1804-1807), Makam Damit, Makam Diraja 
  6. Makam Sultan Muhammad Jamalul Alam I (1804), Makam Damit,  Makam Diraja 
  7. Makam Sultan Muhammad Kanzul Alam (1807-1826), Makam Damit, Makam Diraja 
  8. Makam Sultan Omar Ali Saifuddin II (1828-1852) Makam Damit, Makam Diraja
  9. Makam Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin (1885-1906), Kubah Makam Diraja 
  10. Makam Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1906-1924), Kubah Makam Diraja 
  11. Makam Sultan Ahmad Tajuddin (1924-1950), Kubah Makam Diraja 
  12. Makam Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (1950-1967), Kubah Makam Diraja