Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksHab Tenaga Brunei Dermaga Diraja

HTBDD.JPG
​​​

Projek menaik taraf bangunan Kastam dan Eksais Diraja menjadi Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja ialah kolaborasi antara Kementerian Kewangan & Ekonomi, Kementerian Pembangunan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Syarikat Brunei Shell Joint Venture (BSJV) dan Brunei Gas Carriers Sdn Bhd.

Pada 5 Mei 2021, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan Syarikat Brunei Shell Joint Venture (BSJV) dan Brunei Gas Carriers Sdn Bhd untuk merealisasikan projek ini. Projek ini mula dilaksanakan pada 02 Disember 2020 dan telah selesai penaiktarafannya pada bulan Oktober 2022. 

Bangunan ini diwartakan di bawah Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam pada tahun 2006, telah dijadikan sebagai Bangunan Galeri Seni. Sejarah bangunan ini merupakan Bangunan Kastam dan Eksais Diraja yang dibina sekitar tahun 1950-an, dan merupakan antara peninggalan seni bina kolonial dan mempunyai dua tingkat dengan bentuk “U", dan berbentuk kekotak (boxy form) Rafflesia style. Di bahagian tengah bangunan utama menempatkan pintu gerbang untuk laluan masuk dan keluar kenderaan yang berurusan dengan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, sekarang menjadi ruang lobi menerima pelawat. 

Terdapat 4 galeri iaitu :

Galeri 1 - Masa Lalu Kita : Menjejaki Masa

Memaparkan sejarah dan cara hidup di Negara Brunei Darussalam sebelum penemuan minyak dan gas sehingga penerokaan pertama telaga minyak pada tahun 1899, serta impak penciptaan dan penemuan minyak di rantau ini dan seluruh dunia.

Galeri 2 - Masa Kini KIta - Hasrat Negara 

Mempamerkan keadaan industri minyak dan gas pada masa ini, termasuk sistem dukungan, value chain dan rangkaian nilai industri minyak dan gas.

Galeri 3 - Masa Hadapan Kita : Pandangan Masa Hadapan Kita

Menerokai teknologi baharu ke arah transformasi industri minyak dan gas yang lebih mapan.

Galeri 4 - Galeri Seni

Galeri ini adalah sebagai platform untuk kegiatan kesenian tempatan, iaitu salah satu usaha ke arah mendukung pembangunan industri kreatif di negara ini. 

 


 


WAKTU LAWATAN / OPENING HOURS

 Sabtu hingga Khamis

Saturdays to Thursdays

9.00 a.m. - 4.30 p.m.

TUTUP / CLOSED 

Jumaat /Fridays



Alamat / Address :

Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja
Jalan McArthur
Bandar Seri Begawan

Telefon : 2241791


kemaskini 15 November 2022