Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPerolehan

BAHAGIAN PEROLEHAN

Bahagian Perolehan ditubuhkan pada tahun 2003 dan bertanggungjawab dalam pengurusan koleksi muzium. Jabatan Muzium-Muzium Brunei mengumpul pelbagai koleksi bagi tujuan pemeliharaan, penyelidikan, pendidikan dan pameran tentang kesignifikan pelbagai artifak, rekod dan spesimen yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

FUNGSI UTAMA
  • Mengurus pendaftaran koleksi muzium
  • Mengurus penstoran dan penyimpanan koleksi muzium
  • Mengurus pinjaman koleksi muzium
  • Mengendalikan hadiah dan tawaran bahan contoh

Bahagian Perolehan Jabatan Muzium-Muzium menawarkan pelbagai perkhidmatan yang meliputi:

KHIDMAT PENYELIDIKAN KOLEKSI MUZIUM
Jabatan Muzium-Muzium mengumpul pelbagai jenis koleksi untuk melindungi dan memelihara warisan Negara Brunei Darussalam. Penyelidik digalakkan untuk merujuk katalog koleksi.

KHIDMAT PEMINJAMAN KOLEKSI MUZIUM
Sebahagian koleksi muzium boleh dipinjam bagi tujuan pembelajaran dan pameran khusus untuk meningkatkan kefahaman antara budaya dan menjalin kesinambungan warisan budaya Negara Brunei Darussalam.

KENAPA PERLU MENYUMBANG?
Jabatan Muzium-Muzium menggalakkan sumbagan daripada orang ramai. Sumbangan tidak terhad kepada artifak sahaja tetapi juga dibukakan sumbangan dalam bentuk dokumen, buku-buku, gambar, lukisan berkaitan dengan Negara Brunei Darussalam.

Sumbangan mempastikan muzium ini lebih relevan dan berkesan dalam memaparkan perkembangan tanahair untuk dikongsikan bersama seluruh masyarakat.

MISI
“Untuk mengumpul secara komprehensif khazanah warisan negara bagi tujuan pemeliharaan, penyelidikan, pendidikan dan pameran”