Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksPemeliharan dan Pembaikan

BAHAGIAN PEMELIHARAAN DAN PEMBAIKAN

Bahagian Pemeliharaan dan Pembaikan Jabatan Muzium-Muzium Brunei telah ditubuhkan pada tahun 1988 dan bertanggungjawab dalam memelihara, membaikpulih dan mempastikan bahan warisan budaya dalam koleksi Jabatan Muzium-Muzium berkeadaan selamat daripada kerosakan. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kerosakan dan ancaman terhadap bahan warisan budaya. Antaranya adalah seperti masalah kecurian, pemungut, bencana alam, suhu dan kelembapan, penggunaan bal lampu yang terlalu terang, habuk, serangan binatang dan serangga perosak, pengendalian bahan yang tidak bersistematik, keadaan stor yang sempit dan tidak teratur dan kemasukan bahan atau barang yang tidak dikawal ke dalam bangunan.

Dalam pengendalian koleksi yang rosak terdapat beberapa garis pandu khusus bagi mengelakkan dan mengurangkan kerosakan terhadap bahan warisan budaya. Ini meliputi Pengurusan Bahan, Pengurusan Rekod, "Pest Management Programme" dan Pengurusan Bencana Alam.

Apabila menerima bahan atau bahan yang rosak, bahan tersebut akan ditempatkan didalam makmal saintifik untuk tujuan rekod, penilaian dan analisa secara menyeluruh. Untuk pengurusan rekod, pemeriksaan bahan tersebut meliputi struktur dan kandungan bahan, bahan kimia yang terkandung di dalam bahan, bentuk dan penampilan bahan serta informasi mengenai sejarah dan kegunaan bahan tersebut.

Penilain dan analisa ini bertujuan untuk memastikan tindakan yang terbaik dan bersesuaian bagi mengatasi masalah bahan-bahan koleksi yang rosak. Untuk pelaksanaan dan pengurusan yang teratur dan berkesan, bahagian ini menubuhkan lima unit yang mempunyai bidang tugas yang khusus seperti Unit Pemuliharaan Kertas, Unit Penjilidan, Unit Organik, Unit Inorganik dan Unit Saintifik.

PERKHIDMATAN

Bahagian Pemeliharaan dan Pembaikan berganding rapat dan bekerjasama dengan bahagian-bahagian lain di Jabatan Muzium-Muzium dalam memberikan perkhidmatan di bidang-bidang seperti:

  • Garispandu dalam pengendalian bahan-bahan warisan budaya
  • Garispandu sistem penyimpanan dan pameran
  • Pemeliharaan, Pemuliharaan dan Pembaikan bahan-bahan warisan budata
  • Koleksi Jabatan Muzium-Muzium Brunei
  • Koleksi Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain
  • Koleksi Persendirian (bayaran dikenakan)
  • Penyebaran Pengetahuan yang berkaitan dengan Pemeligaraan bahan warisan budaya melalui:
  • Latihan penempatan
  • Bengkel
  • Menerima lawatan dari pihak awam dan penuntut
  • Khidmat nasihat
  • Garispandu dalam pengendalikan bahan-bahan pameran bergerak, dalam dan luar negeri
  • Garispandu dalam mengendalikan pengurusan bencana alam terhadap bahan-bahan warisan budaya jika terjadi bencana alam seperti banjir, gempa bumi dan sebagainya.

MISI

"Menjaga, Memelihara dan Menggekalkan keutuhan dan keaslian bahan-bahan warisan budaya dibawah kawalan dan tanggungjawab Jabatan Muzium-Muzium Brunei"

VISI

Untuk menjadi sebuah Pusat Pemuliharaan Bahan Warisan Budaya yang lengkap mengikut piawaian dan bertaraf Antarabangsa.