BAHAGIAN ARKEOLOGI
Bahagian Arkoelogi telah ditubuhkan pada tahun 1965. Bahagian ini bertanggungjawab di dalam mengkaji budaya sejarah serta memelihara peninggalan arkeologi dan sumber-sumber sejarah melalui kaedah penyelidikan, penyelamatan dann penggalian.
Penerokaan arkeologi pertama bermula pada tahun 1950-an dengan penggalian yang mula-mula sekali dilakukan di Kota Batu oleh mendiang Tom Harrison. Sejak itu, beberapa siri penggalian telah dijalankan di pelbagai tempat di seluruh negara. Pada tahun 1997, penemuan Brunei Kapal Karam membawa kepada pengenalan baru untuk bahagian arkeologi iaitu arkeologi maritim.
Penyelidikan arkeologi dilakukan melalui penyelidikan khusus ke atas tinggalan-tinggalan purba dan analisa daripada budaya material dan data alam sekitar termasuk bahan artifak, seni bina, biofacts dan langskap budaya. Kaedah penyelidikan dilakukan melalui empat kaedah yang penting iaitu:
- Survei arkeologi
- Penggalian
- Kerja-kerja penggalian melalui pengutipan serta membuat lawatan dan pemeliharaan tapak-tapak arkeologi di seluruh negara bagi memastikan isi terpelihara, terkawal dan selamat
- Analisa saintifik bagi bahan penemuan
Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam 1967 (Edisi Semakan 1984, 2002; Pindaan 1991, 2004) bertanggungjawab dalam mengawal, melindungi dan memelihara monumen lama yang bersejarah, tapak arkeologi dan tinggalan antikuiti serta bahan budaya dan bersejarah untuk mengatur undang-undang berkaitan dengan harta terpendam dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Sebanyak 36 buah monumen, tapak dan makam bersejarah telah diwartakan oleh Jabatan Muzium-Muzium dibawah Akta tersebut.
MISI
"Untuk mengkaji budaya sejarah serta memelihara peninggalan arkeologi dan sumber-sumber sejarah melalui kaedah penyelidikan, penyelamatan dan penggalian"