BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELAJARAN
Bahagian Perkhidmatan Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1975 sebagai pembantu di Jabatan Muzium-Muzium. Bahagian ini bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan berunsurkan pendidikan kepada penuntut-penuntut dan orang ramai. Ini adalah selaras dengan objektif yang mendokong jabatan ini sebagai institusi pendidikan dan pusat penyebaran ilmu.
LAWATAN
Berpandu ke Ruang Pameran
Lawatan ini menumpukan kepada galeri-galeri pameran yang terdapat di bangunan-bangunan muzium-muzium.
Ke Lapangan
Bahagian ini bekerjasama dengan bahagian-bahagian yang berkenaan untuk mengendalikan lawatan dan memberi penerangan yang lebih terperinci dari bahagian terbabit.
Berpandu ke Bahagian-bahagian Akademik
Bahagian ini menerima lawatan sambil belajar yang diberikan kepada sekolah-sekolah. Tujuan lawatan ini adalah untuk menimba pengetahuan dan mempelajari bidang-bidang yang berkaitan dengan pembelajaran yang dipelajari disekolah-sekolah terbabit.
BENGKEL PERMAINAN TRADISI
Permainan tradisi adalah salah satu perkhidmatan yang seringkali dipohonkan dan mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan penuntut dan masyarakat. Tujuan bengkel permainan tradisi ini diadakan adalah bagi mengenalkan kepada generasi muda khususnya penuntut terhadap permainan tradisi yang terdapat di Negara Brunei Darussalam. Selain itu, memelihara dan mempertahankan agar ianya tidak dilupakan dan hilang di arus zaman. Permainan tradisi popular yang sering dipohonkan adalah permainan tradisi Brunei iaitu Pasang.
MISI
"Memberikan perkhidmatan pembelajaran mengenai warisan Negara Brunei Darussalam"