Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksVisi dan Misi

Visi

Kearah Muzium bertaraf dunia

Misi

Melindungi dan memelihara warisan tamadun negara bagi menggalakkan pendidikan serta bagi merangsang minat, cinta dan menghargai warisan tamadun negara.

Dasar

Dasar Muzium Brunei adalah untok menimbulkan kesedaran, kemegahan dan penghargaan terhadap warisan bangsa dan kegemilangan negara sebagai contoh teladan di kalangan rakyat dan penduduk negara ini melalui:

  • Pengumpulan, Pemuliharaan / Pemeliharaan dan Pameran artifek-artifek sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna.
  • Penyelidikan dan penyebaran ilmu serta maklumat yang lengkap, teratur dan sistematik.
Menimbulkan semangat kesedaran, kemegahan dan penghargaan terhadap warisan budaya dan alam semula jadi negara ini di samping untuk melindungi dan memelihara sebagai khazanah negara. 

Objektif

Melindungi serta memelihara warisan negara dengan tujuan menggalakkan pendidikan, merangsang minat serta cinta dan menghargai warisan negara.

Bagi merealisasikan dasar jabatan dalam melindungi dan memelihara khazanah negara untuk tujuan pembelajaran, diantara objektif yang telah digariskan: 

  1. Penyelidikan
  2. Pengumpulan
  3. Pemeliharaan
  4. Penyebaran Ilmu

Penyelidikan

  • Bidang-bidang Arkeologi,  Etnografi, Ilmu Kejadian, Maritim Arkeologi dan Seni.
  • Memberi galakkan dan kerjasama penyelidikan dengan menyediakan  bahan-bahan, catatan-catatan dan artifak-artifak sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna yang berkaitan dengan negara ini.
  • Menyediakan kemudahan bagi pengkaji-pengkaji dalam dan luar negeri melalui perkhidmatan rujukan serta koleksi.
    • BAHAGIAN ARKEOLOGI DAN MONUMEN
    • BAHAGIAN ETNOGRAFI 
    • BAHAGIAN ILMU KEJADIAN
    • BAHAGIAN SENI

Pengumpulan

  • Pengumpulan bahan-bahan dan artifak-artifak sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna yang berkaitan dengan Negara Brunei Darussalam sama ada yang terdapat  di dalam mahupun luar negeri.
  • Rangka strategi pengumpulan melalui pembelian, hadiah dan carigali serta ekspedisi.
  • Jawatankuasa Perolehan meneliti dan menilai bahan-bahan yang di tawarkan untuk pembelian.

Pemeliharaan

  • Semua bahan koleksi Jabatan Muzium-Muzium dipelihara khususnya dalam    menentukan keselamatan penyimpanan dan penggunaannya.   
  • Pemeliharaan kawasan-kawasan yang mengandungi hidupan-hidupan seperti Pilong-Pilongan dan Tasek Merimbun.
  • Pemeliharaan tapak-tapak bersejarah dan kawasan-kawasan yang mengandungi hidup-hidupan.
    • BAHAGIAN PEMELIHARAAN DAN PEMBAIKKAN 
    • BAHAGIAN ILMU KEJADIAN
    • URUSETIA LEMBAGA MUZIUM 

Penyebaran Ilmu

  • Mendukung Jabatan Muzium-Muzium sebagai institusi pendidikan dan pusat penyebaran ilmu melalui penyelidikan bahan-bahan koleksi yang berkaitan dengan sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna negara ini.
  • Tiga strategi utama sebagai saluran penyebaran ialah pameran, perkhidmatan pelajaran dan penerbitan.
    • BAHAGIAN PAMERAN DAN PERKHIDMATAN TEKNIK
    • BAHAGIAN PERKHIDMATAN PELAJARAN
    • BAHAGIAN PENERBITAN



Strategi

Dalam mencapai matlamat jabatan, strategi berikut di susun:

1. Penyelidikan


Mengendalikan penyelidikan dalam bidang Arkeologi, Etnografi, Sejarah dan llmu Kejadian.

Bekerjasama dengan penyelidik daripada jabatan-jabatan kerajaan dan penyelidik luar negara.
Memberikan kemudahan penyelidikan melalui sumber rujukan, arkib dan perpustakaan

2. Koleksi Rujukan


Kerja Lapangan

Memperolehi bahan arkeologi, artifak budaya, sejarah dan spesimen fauna melalui penyelidikan kerja lapangan.

Pembelian

Membeli bahan catatan, rekod, artifak budaya dan objek bersejarah yang dimiliki oleh individu atau institusi yang tertentu.

Hadiah/Pertukaran/Pinjaman

Menerima bahan yang berbentuk buku atau bahan artifek dan spesimen daripada orang perseorangan, orang ramai, badan professional atau akademik melalui hadiah, pertukaran atau pinjaman sama ada dari dalam atau luar negeri.

3. Pendidikan


Pameran


  • Mengadakan pameran hasil daripada penyelidikan yang dibuat oleh pegawai dan kakitangan jabatan.
  • Mengadakan pameran dalam pelbagai bidang yang ditaja oleh pihak luar.
  • Mengadakan pameran bergerak.

Penerbitan


  • Menerbitkan jurnal, Berita Muzium dan penerbitan khas.
  • Risalah mengenai aktiviti muzium, pameran dan koleksi jabatan.

Ceramah


  • Ceramah mengenai kegiatan Muzium Brunei
  • Menyediakan perkhidmatan pandang-dengar

4. Pemeliharaan dan Pemuliharaan 


Pemeliharaan Kebudayaan


  • Memelihara dan memulihara kawasan-kawasan tinggalan purbakala monumen, artifak sejarah dan kebudayaan dan bahan sejarah.
  • Mengadakan perkhidmatan takapan bagi menyalin artifak sejarah dan kebudayaan.

Pemeliharaan Biologi


  • Memelihara warisan semula jadi seperti hidup-hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan asli (flora dan fauna).
  • Memberi khidmat nasihat kepada agensi kerajaan mengenai warisan alam bagi genarasi akan datang.