Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksAkta-Akta

Masa ini, Jabatan Muzium-Muzium dipertanggungjawabkan kepada 2 akta iaitu :

  • Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam (21 Januari 1967, edisi semakan 1984, 1991 dan 2002)
Akta ini bertujuan untuk melindungi barang-barang purbakala daripada dirosakkan, digali dan dimiliki secara tidak daripada dibawa ke luar negeri tanpa kebenaran daripada Pengarah Jabatan Muzium-Muzium.


BAHAGIAN BERTINDAK : ARKEOLOGI DAN MONUMEN
  • Akta Arkib Negara Brunei (2 Januari 1975, pindaan 1984) 
Akta ini adalah asas kepada penubuhan dan pengurusan arkib pada tahun 1977 yang mempersyaratkan peraturan-peraturan dalam mengawal penyimpanan dan pemeliharaan arkib kerajaan dan rekod-rekod awam Negara Brunei Darussalam dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. 

Akta ini mensyaratkan agar rekod-rekod awam yang telah berusia 25 tahun  dipindahkan ke Arkib Negara Brunei untuk tujuan pemeliharaan. Akta ini juga melarang sama sekali pemusnahan rekod-rekod awam tanpa kebenaran yang diperolehi daripada Pengarah Jabatan Muzium-Muzium Brunei.

Disamping itu, ANBD juga berperanan dalam menguatkuasakan Peraturan Kewangan 1983, dibawah perenggan 240 iaitu dalam pelupusan dan kebenaran pemusnahan rekod-rekod perjawatan, kewangan dan buku kira-kira.

BAHAGIAN BERTINDAK : ARKIB NEGARA BRUNEI DARUSSALAM