Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa dan Hari Arkib Antarabangsa 2020

Sabtu, 28 November 2020 - Seramai 20 pegawai dan kakitangan yang telah bersara dari Jabatan Muzium-Muzium telah diraikan dan 3 pegawai dan kakitangan turut menerima Anugerah Pekerja Contoh 2020.   Majlis yang diadakan adalah sempena sambutan Hari Muzium Antarabangsa dan Hari Arkib Antarabangsa yang disambut setiap 18 Mei dan 9 Jun.

Hadir selaku tetamu majlis untuk menyampaikan apresiasi berkenaan ialah Yang Berhormat Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.  Tetamu majlis seterusnya merasmikan 'Pameran Seni Lukis Diversiti 2020' yang akan dipamerkan sehingga 28 April 2021.

Pameran Seni Lukis Diversiti mempamerkan sebanyak 198 karya lukisan dihasilkan oleh 81 artis yang telah dibukakan untuk penyertaan orang ramai bermula 15 Oktober 2020 dan dibukakan kepada seluruh warga termasuk warga emas, belia, orang kelainan upaya.

Muzium Teknologi Melayu dibukakan untuk kunjungan orang ramai antara Sabtu hingga Ahad dan Selasa hingga Khamis, antara jam 9 pagi hingga 2 petang.  

Attachments
Created at 12/1/2020 3:38 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 12/1/2020 3:38 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar