Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pemeriksaan Kesihatan Warga JMM

​7 hingga 14 November 2020 - Pemeriksaan kesihatan telah dijalankan bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-Muzium yang dilaksanakan secara besar-besaran bagi seluruh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Pemeriksaan merupakan fasa pertama dalam 'Workplace and Health Programme' WAH yang diselenggarakan di bawah Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan.

Diadakan di Dewan Digadong dan Dewan Citra Budaya, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, pemeriksanaan secara berjadual dilaksanakan bagi mematuhi langkah-langkah pengawalan wabak COVID. 

Lima orang fokal daripada Jabatan Muzium-Muzium, Awang Hj Mahrin bin Hj Abas, Awang Erdi Herman bin Hj Tiban, Dyg Jahrani bt Hj Abas, Dyg Noor Nazirah Zatulhimmah binti Hj Metassim dan Dyg Safiana binti Bakar telah dipilih sebagai pemeriksa kesihatan yang antaranya ialah memeriksa indeks jisim badan (BMI) dan tekanan darah.  Pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan turut memberi nasihat kepada pegawai dan kakitangan yang mempunyai BMI dan tekanan darah yang bukan dalam lingkungan normal.

WAH ini dilaksanakan bagi memastikan penjawat awam adalah dalam tahap kesihatan dan gaya hidup yang sihat. 

WAH 1.jpeg

Attachments
Created at 11/16/2020 3:32 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 11/16/2020 3:32 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar