Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Prebiu Galeri Kegemilangan Maritim Brunei

​Isnin, 14 September 2020 - Satu sesi bersama media telah diadakan di Muzium Maritim Brunei Darussalam untuk mengenalkan kepada media mengenai galeri baharu yang telah dikemaskini.

Media day.jpeg


Galeri bertajuk Kegemilangan Maritim Brunei ini mempamerkan 3 kategori iaitu Perdagangan Antarabangsa, Perahu-perahu dan Tembikar-tembikar Asia Tenggara.

Pelawat ke muzium ini akan dapat menyaksikan bahan-bahan artifak yang telah diperolehi hasil daripada kerja-kerja penyelamatan dan penggalian yang mengukuhkan lagi bukti sejarah tentang era kegemilangan perdagangan di Negara Brunei Darussalam.

Waktu lawatan ialah setiap hari Selasa hingga Khamis, Sabtu dan Ahad antara jam 9 pagi hingga 2 petang sepanjang de-escalation tahap ke-empat. 

Attachments
Created at 9/14/2020 12:17 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 9/14/2020 12:17 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar