Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

BENGKEL 'BASIC HANDLING OF ARTEFACTS'

14 - 16 Ogos 2018, Selasa, Muzium Teknologi Melayu. Jabatan Muzium-Muzium, melalui Bahagian Pemeliharaan dan Pembaikan sedang menjalankan kursus 'Basic Handling of Artefacts' bagi institusi-institusi kemuziuman yang ada di Negara Brunei Darussalam. 

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan serta kefahaman kepada peserta bengkel dalam mengendalikan dan memelihara bahan-bahan koleksi atau warisan yang ada dalam institusi masing-masing. 

Sesi pertama bengkel menerangkan mengenai fungsi utama Bahagian Pemeliharaan dan Pembaikan iaitu memelihara dan memulihara bahan-bahan budaya yang menjadi koleksi Jabatan Muzium-Muzium termasuk pelaksanaan kerja-kerja perawatan kepada bahan-bahan koleksi dengan melawat makmal yang sedia ada.

Sesi kedua memberi peluang kepada peserta bengkel untuk melakukan kerja-kerja praktikal dengan membuat lawatan kerja ke Muzium Teknologi Melayu dan Muzium Maritim Brunei Darussalam.  Peserta juga didedahkan kepada teknik-teknik pemeliharaan khususnya kepada kertas (dokumen, rekod, persuratan dan sebagainya). 

Sesi ketiga mendedahkan peserta kepada dua teknik pemeliharaan yang perlu diketahui secara umum dan dibahagikan kepada dua iaitu bahan organik dan bahan buka organik dan bagaimana mengenalpasti antara keduanya dan cara-cara menangani sekiranya ada kerosakan pada koleksi. 

Peserta-peserta bengkel kali ini dihadiri oleh wakil daripada Polis Diraja Brunei, Pusat Sejarah Brunei, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pusat Da'wah Islamiah.

Bahagian Pemeliharaan dan Pembaikan adalah salah satu bahagian utama di Jabatan Muzium-Muzium yang dipertanggungjawabkan untuk memulihara bahan-bahan budaya dan tinggalan-tinggalan struktur untuk kajian penyelidikan termasuk kerja-kerja perawatan secara kimikal dan teknikal. 


Attachments
Created at 8/18/2018 10:15 AM by Muhd. Hafizul 'Ilmi Bin Hj Zaini @ Zatul Hilmi
Last modified at 9/15/2018 12:43 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar