Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
PAMERAN REGATA

‚ÄčTEMA : SUNGAI BRUNEI - PENGHUBUNG BUDAYA WARISAN BRUNEI

 

12 Ogos 2018 - Galeri Seni, Dermaga Diraja Bandar Seri Begawan. Jabatan Muzium-Muzium turut meraikan acara Regata Brunei Darussalam 2018 sempena sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-72 tahun dengan menyediakan sebuah pameran di Galeri Seni, Dermaga Diraja, Bandar Seri Begawan.

 

Pameran itu diusahakan dengan kerjasama beberapa agensi dengan bertemakan 'Sungai Brunei - Penghubung Budaya Warisan Brunei'.  Tujuan pameran ini ialah untuk menyebarkan mengenai Sungai Brunei sebagai wadah budaya warisan yang mengeratkan masyarakat melalui tradisi lumba perahu atau regata di Brunei Darussalam dan pada masa yang sama agar menghargai kepentingan pengetahuan mengenai Sungai Brunei.

 

Perisian Pameran Regata 2018 ialah keterlibatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerabat Diraja dalam acara Regata tahun 2016 dan 2017, dipamerkan melalui tayangan filem dan keratan-keratan akhbar.

 

Selain itu, pameran regata juga mmengetengahkan 22 hasil lukisan penuntut-penuntut daripada Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Kolej International Graduate Studies (IGS), Sekolah Menengah Sayyidina Othman, Tutong, Sekolah Menengah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan.

 

Pameran Regata tahun ini turut mempamerkan beberapa koleksi muzium berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan di Sungai Brunei antaranya peralatan-peralatan menangkap ikan, pertukangan-pertukangan tangan dan model-model perahu yang digunakan di Negara Brunei Darussalam. 

 

Turut memeriahkan pameran ini ialah tunjuk ajar daripada pelukis-pelukis Jabatan Muzium-Muzium kepada sekumpulan murid-murid tahun 4,  Sekolah Menengah Chung Hwa untuk menghasilkan cenderamata berbentuk pengayuh dan keychain.

 

Orang ramai dialu-alukan untuk menyaksikan pameran ini yang mula dibukakan untuk kunjungan pada 12 Ogos 2018 hingga 12 November 2018. Waktu lawatan ialah antara jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali hari Juma'at, waktu lawatan ialah antara jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi, 2.30 petang hingga 4.30 petang.  Masuk adalah percuma.


Attachments
Created at 8/18/2018 10:09 AM by Muhd. Hafizul 'Ilmi Bin Hj Zaini @ Zatul Hilmi
Last modified at 8/18/2018 10:11 AM by Muhd. Hafizul 'Ilmi Bin Hj Zaini @ Zatul Hilmi