Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Arkib Negara Brunei Darussalam

Sabtu, 7 Mac 2020 - Arkib Negara Brunei Darussalam. 

Seramai 10 orang pegawai dan kakitangan dari Pejabat Peguam Negara telah menghadiri dua sesi taklimat di Teater PDS, Bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam.

Taklimat Pengendalian Fail dan Rekod telah disampaikan oleh Penolong Penyelia Arkib, Awangku Mohd Rawiyani bin Pengiran Haji Seruddin sementara taklimat mengenai Unit Perkhidmatan Akses dan Rujukan pula telah disampaikan oleh Pegawai Penyelidik, Haji Muhammad Ruzaini bin Haji Mohd Daud.

Arkib6.jpeg


Arkib1.jpegDua sesi taklimat yang diadakan ini adalah bertujuan bagi memberigakan fungsi dan peranan Arkib Negara Brunei Darussalam khususnya dalam memberi khidmat nasihat mengenai pengurusan rekod awam secara bersistematik dan menerangkan mengenai koleksi bahan arkib yang boleh dijadikan sebagai rujukan dalam melaksanakan penyelidikan.

Selain itu, pegawai dan kakitangan dari Pejabat Peguam Negara juga telah dibawa melawat ke Dewan Penyelidikan dan ruang kerja di Unit Pengurusan Rekod bagi melihat secara lebih dekat tatacara pengurusan rekod yang tepat.

Arkib2.jpeg

Arkib3.jpeg

Arkib4.jpeg

Attachments
Created at 3/8/2020 10:57 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 3/8/2020 10:58 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar