19 September 2024M/15 Rabiulawal 1446H
Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wasallam bagi Tahun 1446 Hijrah di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, petang tadi. Majlis dikendalikan oleh Jabatan Muzium-Muzium.
Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an (Surah Al-Ahzab, Ayat 21-24) yang disampaikan oleh Yang Mulia Awang Qawiyyel Azeez bin Haji Abdul Rajid, johan qari Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1445 Hijrah / 2024 Masihi dan seterusnya bacaan intisari bagi bacaan surah tersebut oleh Yang Mulia Awang Muhammad Amirul Izzuddin bin Awang Samhiri, Pegawai Perpustakaan di Jabatan Muzium-Muzium.
Majlis diteruskan lagi dengan ceramah khas bertajuk ‘Cinta Rasulullah Tiada Penghujungnya’ yang disampaikan oleh penceramah undangan, Yang Mulia Ustaz Nasyith bin Superi, Pegawai Ugama di Pusat Da’wah Islamiah. Majlis diakhiri dengan Dikir Marhaban, Selawat Tafrijiyyah dan Sayyidul Istighfar beramai-ramai.
Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis ini ialah Yang Berhomat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
The Ministry of Culture, Youth and Sports commemorates and further enlivens the birthday anniversary of Prophet Muhammad Shalallahu ‘Alaihi Wassalam with the Maulidur Rasul Celebration at Dewan Digadong, Ministry of Culture, Youth and Sports, this afternoon. The celebration was organised by the Museums Department.
The ceremony began with the recitation of the holy verses of the Qur'an (Surah Al-Ahzab, verses 21-24) delivered by Yang Mulia Awang Qawiyyel Azeez bin Haji Abdul Rajid, the Qari champion of Musabaqah Tilawatil Quran National Youth 1445 Hijrah / 2024 AD and the summary of the verses was delivered by Yang Mulia Awang Muhammad Amirul Izzuddin bin Awang Samhiri, Library Officer at the Museums Department.
The ceremony continued with a special talk entitled Cinta Rasulullah Tiada Penghujungnya delivered by the guest speaker, Yang Mulia Ustaz Nasyith bin Superi, Religious Officer at the Islamic Da’wah Centre. The ceremony ended with Dikir Marhaban, Selawat Tafrijiyyah and Sayyidul Istighfar en masse.
Present as the guest of honour for this ceremony was Yang Berhomat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Minister of Culture, Youth and Sports. Also present were Permanent Secretaries, Heads of Departments, Senior Officers, Officers and Staff of the Ministry of Culture, Youth and Sports.