Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Program Induksi bagi pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di Jabatan Muzium-Muzium dari Tahun 2020 hingga 2024

9 September 2024M/5 Rabiulawal 1446H

Jabatan Muzium-Muzium melalui Bahagian Pentadbiran (Unit Perancangan, Penyelidikan dan Perkembangan) dan Bahagian Media dan Hubungan Luar mengadakan Program Induksi bagi Pegawai dan Kakitangan yang mula berkhidmat dengan Jabatan Muzium-Muzium dari Tahun 2020. Hadir semasa program tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad, Timbalan Pengarah Muzium.
Program Induksi JMM 2024 j.JPG
Program disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Mariani binti Haji Abu Bakar, Pegawai Perhubungan Awam di Jabatan Muzium-Muzium. Seramai 42 orang pegawai dan kakitangan telah menyertai program yang bertujuan bagi mendedahkan para pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-Muzium tentang sejarah penubuhan jabatan dan bidang-bidang tugas dan kuasa di bawah jabatan ini. 
Program Induksi JMM 2024 b.JPG

Program dimulakan dengan mengenalkan peserta kepada dasar, visi dan misi Jabatan Muzium-Muzium. Para peserta juga berkesempatan untuk mengenali bidang tugas masing-masing melalui sesi suai kenal sebelum mengakhiri program tersebut.

Program Induksi JMM 2024 c.JPG
Program Induksi JMM 2024 d.JPG
Program Induksi JMM 2024 e.png
Program Induksi JMM 2024 f.png
Program Induksi JMM 2024 g.png
Program Induksi JMM 2024 h.png

Program Induksi JMM 2024 i.png
Attachments
Created at 9/12/2024 10:31 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 9/12/2024 10:31 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi