9 September 2024M/5 Rabiulawal 1446H
Bersempena dengan lantikan baharu sebagai Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammad Taghi Rajabi dan rombongan mengadakan kunjungan hormat ke Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja dan seterusnya ke Muzium Alat Kebesaran Diraja.
Kedatangan Tuan Yang Terutama Mohammad Taghi Rajabi dan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Muzium dan Yang Mulia Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad, Timbalan Pengarah Muzium serta pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-Muzium.
Semasa kunjungan hormat tersebut, sesi perbincangan mengenai potensi kerjasama dua hala di antara Republik Islam Iran dan Jabatan Muzium-Muzium telah diadakan, diikuti dengan lawatan ke galeri-galeri di Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja dan seterusnya lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja. Lawatan diakhiri dengan sesi menandatangani lembaran kenangan dan diikuti dengan sesi bergambar ramai.