5 September 2024/1 Rabiulawal 1446
Puan Yang Terutama Alexandra McKenzie, Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam berserta rombongan berkunjung ke Pusat Informasi Taman Arkeologi Kota Batu dan Muzium Maritim Brunei Darussalam pagi tadi.
Ketibaan Puan Yang Terutama Alexandra McKenzie dan rombongan di alu-alukan oleh Yang Mulia Dk Siti Nurhalimaturradhiyah Hibriyah binti Pg Haji Hamzah, Pegawai Arkeologi serta beberapa kakitangan Jabatan Muzium-Muzium.
Lawatan dimulakan dengan pengenalan mengenai Tapak Arkeologi yang ada di sekitar Kota Batu dan diteruskan dengan lawatan ke Makam Sultan Bolkiah. Lawatan diteruskan lagi dengan menelurusi pejalan kaki yang merentasi tapak-tapak galian arkeologi lama dan juga tapak Pulau Terindak.
Puan Yang Terutama kemudian melanjutkan lawatan ke Muzium Maritim Brunei Darussalam.