Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Lawatan daripada Puan Yang Terutama Alexandra Mckenzie ke Muzium Alat Kebesaran Diraja

29 Ogos 2024M/24 Safar 1446H

Bersempena dengan lantikan baharu sebagai Pesuruhjaya Tinggi British ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Alexander Mckenzie mengunjungi Muzium Alat Kebesaran Diraja pada petang tadi.

Puan Yang Terutama dan rombongan disambut oleh Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Muzium serta pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Muzium-Muzium.

Terdahulu, Puan Yang Terutama diperdengarkan pengenalan mengenai Muzium Alat Kebesaran Diraja dan kemudian beredar ke galeri-galeri yang ada di Muzium tersebut dipandu oleh pegawai daripada Jabatan Muzium-Muzium. Lawatan di akhiri dengan sesi bergambar ramai.

Alexander Mckenzie MAKD 2024 a.jpeg

Attachments
Created at 9/2/2024 8:00 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 9/2/2024 9:27 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi