Riadah Berbasikal Keputeraan dengan kombinasi tiga sambutan iaitu Riadah Berbasikal Keputeraan 2019 sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien , Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-73 tahun, Sambutan Hari Belia Kebangsaan yang ke-14 dan juga Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan yang ke-8.
Bahagian-bahagian teras yang ikut serta dalam penyediaan aktiviti kali ini ialah :
Arkib Negara Brunei Darussalam : 'Ring Toss' dan Kuiz.
Media dan Pendidikan : Permainan Tradisi Salok-salokan, bua lapas-lapas dan talang gatah.
Arkeologi : Puzzle seramik
Ilmu Kejadian : Awetan 'Whistling Duck' dan takapan 'Sumboi-Sumboi'
Pemeliharaan : Bahan-bahan yang digunakan untuk memelihara bahan dan serangga-serangga perosak.
Etnografi : Penyediaan hadiah aktiviti dan Perahu Labi-Labi.