Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

SEA-Collection Project: Workshop on Assessing Museum Objects Using The Significance 2.0 Methodology

​28-29 Ogos 2024M/23-24 Safar 1446H

Jabatan Muzium-Muzium melalui Muzium Maritim Brunei Darussalam dengan kerjasama The Sydney Southeast Asia Centre (University of Sydney, Australia)​ telah mengelolakan Bengkel Penilaian Objek Muzium menggunakan metolodogi Significance ​2.0. ​​

SEA Coll aug 2024 a.jpeg

SEA Coll aug 2024 b.jpeg

Bengkel ini adalah salah satu aktiviti dalam projek SEA-Collections untuk mendedahkan kaedah rangka kerja Significance 2.0 dalam menilai kepentingan objek muzium mengikut konteks seperti budaya, sosial, masyarakat, estetik dan integriti. Projek ini juga disertai bersama oleh muzium-muzium maritim daripada Thailang, Kemboja, Filipina termasuk Negara Brunei Darussalam. Objektif Projek ini adalah untuk:

1. Menyokong kerjasama dan perkongsian antara professional muzium dan institusi di negara-negara ASEAN dan Australia. 

2. Membangunkan pendekatan untuk penyelidikan serta interpretasi atau tafsiran mengenai koleksi maritim melalui bengkel dan perbincangan. 

3. Berkongsi pengetahuan atau dapatan baharu mengenai hubungan maritim di Asia Tenggara dan Australia melalui co-curation pameran digital. 

SEA Coll aug 2024 c.jpeg

SEA Coll aug 2024 d.jpeg

Bengkel ini difasilitasikan oleh dua (2) orang pakar luar dari Australia iaitu Puan Dr. Natali Pearson dari The University of Sydney dan Tuan Andrew Henderson dari Southeast Asia Museum Services.

SEA Coll aug 2024 e.jpeg

SEA Coll aug 2024 f.jpeg
Bengkel ini disertai oleh pegawai-pegawai daripada Jabatan Muzium-Muzium, Pusat Sejarah Brunei dan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Hadir bagi majlis penutup bengkel tersebut ialah Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Muzium. ​​

SEA Coll aug 2024 g.jpeg

Attachments
Created at 8/31/2024 10:47 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 8/31/2024 10:47 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi