Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Kunjungan Lawatan Tuan Yang Terutama Liu Ning, Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang ke Muzium Alat Kebesaran Diraja

26 Ogos 2024M/21 Safar 1446H

​Tuan Yang Terutama Liu Ning, Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan rombongan berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja pagi tadi.

Lawatan China ogos 2024 a.jpeg

Lawatan China ogos 2024 b.jpeg

Ketibaan Tuan Yang Terutama Liu Ning dan rombongan disambut oleh Yang Mulia, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Turut hadir menyambut romobongan Tuan Yang Terutama ialah Yang Mulia, Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Muzium serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-Muzium.

Lawatan China ogos 2024 c.jpeg

Lawatan China ogos 2024 d.jpeg

Terdahulu, rombongan Tuan Yang Terutama diperdengarkan pengenalan mengenai Muzium Alat Kebesaran Diraja dan kemudian beredar ke galeri-galeri yang ada. Seterusnya Yang Berhormat menandtangani lembaran kenangan dan diikuti dengan penyerahan cenderamata dan sesi bergambar ramai. 


Lawatan China ogos 2024 e.jpeg

Lawatan China ogos 2024 f.jpeg

Lawatan China ogos 2024 g.jpeg

Lawatan China ogos 2024 h.jpeg

Attachments
Created at 8/31/2024 9:20 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 9/2/2024 8:34 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi