Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Kunjungan Lawatan Yang Mulia His Excellency Nguyen khac Dinh, Vice President Of The National Assembly Of The Socialist Republic of Viet Nam To Brunei Darussalam ke Muzium Alat Kebesaran Diraja

11 Ogos 2024/06 Safar 1446

Bersempena dengan lawatan kerja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Nguyen Khac Dinh, Naib Presiden Dewan Rakyat Republik Sosialis Vietnam dan rombongan berkesempatan untuk mengadakan lawatan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja. 

Viet nam Ogos 2024 a.jpeg

Ketibaan Tuan Yang Terutama Nguyen Khac Dinh dan rombongan dialu-alukan oleh Yang Mulia, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Pemangku Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Dayang Aminah binti Haji Majid, Pemangku Pengarah Muzium serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Muzium-Muzium.

Terdahulu, rombongan Tuan Yang Terutama diperdengarkan pengenalan mengenai Muzium Alat Kebesaran Diraja dan kemudian beredar ke galeri-galeri yang ada di Muzium tersebut dipandu oleh Pegawai daripada Jabatan Muzium-Muzium.

Viet nam Ogos 2024 b.jpeg

Viet nam Ogos 2024 c.jpeg

Viet nam Ogos 2024 d.jpeg

Viet nam Ogos 2024 e.jpeg

Viet nam Ogos 2024 f.jpeg 

Viet nam Ogos 2024 g.jpeg 

Viet nam Ogos 2024 h.jpeg 

Viet nam Ogos 2024 i.jpeg

Seterusnya Yang Berhormat menandatangani lembaran kenangan dan diikuti dengan penyerahan cenderamata dan sesi bergambar ramai.

Viet nam Ogos 2024 j.jpeg

Viet nam Ogos 2024 k.jpeg

Attachments
Created at 8/22/2024 10:13 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 8/22/2024 10:13 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi