Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Siri Arkeologi Sesi Ketiga 2024

01 Ogos 2024M / 26 Muharram 1446H


Program Siri Arkeologi sesi terakhir bersempena Pameran Manik: 1000 Tahun telah diungkayahkan bertempat di Dewan Teater PM Dato Sharifuddin, Bangunan Arkib Negara Brunei Darussalam.

Siri Arkeologi 3 a.jpeg 


Pembentangan pertama disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan yang bertajuk Manik : Kepentingan dalam masyarakat kontemporari Brunei.

Siri Arkeologi 3 b.jpeg

Pembentang kedua, Yang Mulia Pengiran Dr. Haji Karim bin Pengiran Haji Osman, Pakar Arkeologi menyentuh tentang Kajian Arkeologi : Sumbangannya dalam penulisan sejarah awal negara.

Siri Arkeologi 3 c.jpeg

Antara perkara yang dikongsikan ialah penggunaan manik dalam menilai status sosial satu kumpulan atau perseorangan pada zaman dahulu dan juga, kepentingan memelihara tapak-tapak arkeologi yang ada di Negara Brunei Darussalam.

Hadir bagi menyaksikan siri kali ini adalah pegawai dan kakitangan kerajaan, ahli-ahli Persatuan Warga Emas, ahli-ahli lembaga muzium dan beberapa peminat sejarah dan bidang arkeologi. Turut hadir ialah Yang Mulia, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Siri Arkeologi 3 d.jpeg

Siri Arkeologi 3 e.jpeg

Siri Arkeologi 3 f.jpeg 

Siri Arkeologi 3 g.jpeg 

Siri Arkeologi 3 h.jpeg 

Siri Arkeologi 3 i.jpeg 


Attachments
Created at 8/10/2024 7:34 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 8/10/2024 7:34 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi