Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat Kerja Lama (P.K.L)

26 Jun 2024 / 19 Zulhijjah 1445

PKL june 2024 g.jpg
Seramai enam orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Muzium-Muzium menerima Pingat Kerja Lama (P. K. L.) Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 bagi tahun 2023.


Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menyampaikan pengurniaan pingat tersebut bertempat di Dewan Digadong, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.


Penerima-penerima daripada Jabatan Muzium-Muzium adalah seperti berikut:

PKL june 2024 b.jpg

Awang Rosli bin Haji Seruji. Pemungut

PKL june 2024 c.jpg

Awang Haji Thani bin Haji Bolaji, Pemandu Kereta Tingkat Khas (Bersara)

PKL june 2024 d.jpg

Awang Shahrulijam bin Haji Aliakbar, Pembantu Pejabat

PKL june 2024 a.jpg

Dayang Jahrani binti Haji Abas, Pegawai Muzium

PKL june 2024 e.jpg

Dayang Siti Ariani binti Haji Ibrahim, Penolong Penyelidik

PKL june 2024 f.jpg

Dayang Morsidah binti Haji Sumari, Pembantu Arkib Tingkat II


Pihak jabatan tidak lupa mengucapkan sekalung tahniah kepada penerima-penerima pingat tersebut.

Attachments
Created at 6/28/2024 3:56 PM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 6/28/2024 3:56 PM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi