Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Siri Arkeologi Sesi Kedua

22 Jun 2024 / 15 Zulhijjah 1445

Program Siri Arkeologi bagi sesi kedua bersempena Pameran Manik : 1000 Tahun dibentangkan oleh Yang Mulia Dr. Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong, Pengetua Pusat Sejarah Brunei mengenai Teluk Brunei : Pusat Perdagangan Borneo.

Siri Arkeologi kedua 2024 a.jpeg
Manakala, Pembentangan kedua disampaikan oleh Yang Mulia Pengiran Hajah Mahani binti Pengiran Haji Ahmad, Timbalan Pengarah Muzium yang membentang mengenai Hubungan Luar Brunei Jalur Perdagangan Maritim melalui Kesan Sejarah Sebelum Abad ke-10 hingga Abad ke-19.

Siri Arkeologi kedua 2024 b.jpeg

Beberapa aktiviti sampingan dan pameran oleh Bahagian Pembelajaran dan Penerbitan jualan buku-buku terbitan Jabatan Muzium-Muzium dan Bahagian Arkeologi dan Monumen mempamerkan pameran mini tentang bidang dan kerja-kerja di Bahagian berkenaan.

Siri Arkeologi kedua 2024 c.jpeg

Attachments
Created at 6/28/2024 8:38 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 6/28/2024 8:39 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi