Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Majlis Pelancaran Pameran 4 Tahun Brunei: Penjelajahan Interaktif

​13 Jun 2024/6 Zulhijjah 1445

Arkib Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Majlis Pelancaran Pameran 40 Tahun Brunei : Penjelajahan Interaktif Sempena Hari Arkib Antarabangsa.

Hari Arkib Antarabangsa (HAA) disambut pada setiap 9 Jun dan mula di sambut pada tahun 2008. Cadangan sambutan ini telah pun diajukan apabila pihak International Council on Archives (ICA) melihat fungsi dan nilai arkib dan arkibis ini harus dipromosikan di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2019, ICA telah memperluaskan acara itu dengan melanjutkankannya sepanjang minggu dan menggelarnya Minggu Arkib Antarabangsa. Semasa Minggu Arkib Antarabangsa (IAW), Institusi Arkib di seluruh dunia akan mengambil bahagian bersama ICA dalam mempromosikan nilai dan kepentingan arkib dan arkibis. Pada tahun ini tema bagi IAW ialah #CyberArchives. Tema ini memfokuskan kepada ‘Arkib dan Kemunculan Teknologi’ (Archives and Emerging Technologies).

Pameran 40 Tahun Brunei Penjelajahan Interaktif a.JPG

Sempena Sambutan HAA ini dan selaras dengan tema IAW pada tahun ini, Arkib Negara Brunei Darussalam telah mengadakan Pameran 40 Tahun Brunei : Penjelajahan Interaktif. Pameran multimedia interaktif ini merupakan usaha sama diantara Arkib Negara Brunei Darussalam dan Universiti Teknologi Brunei (UTB) melalui UTB Capstone Project. Pameran ini akan menumpukan kepada 40 tahun Negara Brunei Darussalam serta mempamerkan perubahan dan pembangunan yang dialami oleh Brunei sepanjang 40 tahun yang lalu. Pameran ini mengandungi empat (4) pengisian utama iaitu:

  • Kios 1: Menyelami suasana pemasyhuran kemerdekaan pada 01 Januari 1984 melalui kaedah Augmented Reality melalui aplikasi artivive;
  • Kios 2: Menelusuri tiga (3) bangunan utama yang dibiayai melalui Projek Rancangan Kemajuan Negara telah dipilih untuk dipamerkan melalui kaedah time lapse video. Tiga (3) buah bangunan ini juga dapat dilihat melalui kaedah hologram untuk menonjolkan seni bina yang moden sesuai dengan peredaran zaman dan memperlihatkan kemajuan negara setelah 40 tahun pemasyhuran kemerdekaan;
  • Kios 3: Dengan menggunakan konsep media kekili, kios ini menampilkan wawancara daripada beberapa individu-individu dari tiga (3) dekad yang berbeza iaitu 1980an, 1990an dan juga 2000an. Perkongsian di dalam temubual ini difokuskan kepada pandangan mengenai Brunei dan pembangunannya sepanjang empat (4) dekad yang lalu.
  • Kios 4: Menampilkan Aplikasi permainan dan memberi peluang kepada orang ramai untuk menerokai perjalanan sejarah menuju ke arah kemerdekaan melalui penerokaan interaktif.
  • Kios 5: Dengan menggunakan realiti maya (VR) untuk memberikan pengunjung pengalaman secara virtual Pameran 40 Tahun Brunei : Penjelajahan Interaktif. Kios ini menyediakan pengalaman audio visual interaktif dan YouTube akan digunakan sebagai platform untuk menempatkan bahan realiti maya tersebut, menjadikannya boleh diakses oleh penonton sama ada secara langsung atau dalam talian.
Pameran 40 Tahun Brunei Penjelajahan Interaktif b.JPG
Pameran 40 Tahun Brunei Penjelajahan Interaktif c.JPG 
Pameran 40 Tahun Brunei Penjelajahan Interaktif d.JPG 
Pameran 40 Tahun Brunei Penjelajahan Interaktif e.JPG

“Capstone Project” adalah salah satu program yang ditawarkan kepada mahasiswa-mahasiswi dari Sekolah Pengkomputeran, Universiti Teknologi Brunei, semasa tahun akhir mereka. Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan platfom bagi mahasiswa/mahasiswi untuk melaksanakan projek-projek real-world serta mendapat pengalaman kerja dari organisasi atau industri yang berkaitan dengan bidang kursus masing-masing. Melalui inisiatif ini, mahasiswa/mahasiswi akan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka peroleh semasa pembelajaran mereka ke arah menyelesaikan masalah dan isu-isu semasa dan global yang berkenaan dengan bidang masing-masing.

Selain daripada pameran ini, sempena IAW2024 ini, Arkib Negara Brunei Darussalam juga akan mengadakan tayangan video dari 13 Jun sehingga 22 Jun. Jadual penuh adalah seperti Lampiran.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya merasmikan Pameran 40 Tahun Brunei : Penjelajahan Interaktif sempena Hari Arkib Antarabangsa ini ialah Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan, Setiausaha Tetap Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pameran 40 Tahun Brunei Penjelajahan Interaktif g.JPG

Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Qudduus bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, Yang Berhormat-Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Diraja, Tuan/ Puan Yang Terutama Pesuruhjaya – Pesuruhjaya Tinggi dan Duta-Duta Besar ke Negara Brunei Darussalam, Yang Mulia Setiausaha-Setiausaha Tetap, Yang Mulia Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan serta mahasiswa-mahasiswi daripada Politeknik Brunei.

Pameran ini dibukakan untuk kunjungan orang ramai bermula pada Khamis, 13 Jun 2024 sehingga Sabtu, 22 Jun 2024.​

Attachments
Created at 6/21/2024 9:16 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 6/21/2024 9:16 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi