10 Jun 2024/3 Zulhijjah 1445
Seramai dua puluh satu (21) orang pegawai daripada Corrupt Practice Investigation Bureau, SIngapura dan empat (4) orang Pegawai Biro Mencegah Rasuah berkesempatan untuk membuat lawatan ke Muzium Daerah Belait.
Rombongan disambut oleh Awang Muhammad Zulfaiz bin Haji Merali, Pegawai Muzium Kanan selaku pengurus Muzium Daerah Belait. Rombongan seterusnya diperdengarkan pengenalan mengenai Muzium tersebut dan seterusnya beredar ke galeri-galeri yang ada.
Lawatan diakhiri dengan sesi bergambar ramai.
Turut hadir semasa lawatan daripada jabatan ialah Bahagian Arkeologi dan Monumen dan Bahagian Pembelajaran dan Penerbitan.