Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil di Makam Kubah Diraja

3 April 2024/23 Ramadhan 1445

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Pusat Sejarah Brunei telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim Ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat, Dato Seri Setia Haji Awang Nazmi bin Haji Awang Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Acara dimulakan dengan Bacaan Surah Yaasin dan Tahlil beramai-ramai diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Muhammad Azrol Alim bin Haji Zaini, Pegawai Pemantau Zon 2, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam.

Majlis membaca yaasin dan tahlil a.jpeg

Majlis membaca yaasin dan tahlil b.jpeg

Majlis membaca yaasin dan tahlil c.jpeg

Attachments
Created at 4/4/2024 12:48 PM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi
Last modified at 4/20/2024 7:58 AM by Muhamad Sharull Amin bin Morshidi