Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Keberangkatan Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Baginda Raja Permaisuri Agong ke MAKD

19 Ogos 2019, Isnin, Muzium Alat Kebesaran Diraja. Jabatan Muzium-Muzium menerima lawatan daripada Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Baginda Raja Permaisuri Agong. 

Keberangkatan Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Baginda Raja Permaisuri Agong turut diiringi oleh Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, 

Juga berangkat selaku kerabat pengiring diraja ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

Turut hadir bagi menjunjung keberangkatan tiba Baginda berdua ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong selaku menteri pengiring dan Isteri.

Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Baginda Raja Permaisuri Agong dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin dan isteri ; Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Datin Paduka Dr Hjh Norlila bt Dato Paduka Hj Jalil; Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Hj Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan) beserta Pegawai Kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan Muzium-Muzium.

Sebelum lawatan bermula, sesi bergambar ramai di ruang berlatarbelakangkan ‘Usongan Diraja’ yang digunakan semasa Istiadat Perpuspaan pada 5 Oktober 1968.  Lawatan diteruskan ke Galeri Pameran Diraja dan Galeri Pameran Jubli Perak.

Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Baginda Raja Permaisuri Agong diberi penerangan tentang sejarah Muzium Alat Kebesaran Diraja dan juga alat-alat kebesaran yang menunjukkan kepelbagaian kreativiti hasil kraftangan melayu di Negara Brunei Darussalam. 

Seterusnya, Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Baginda Raja Permaisuri Agong berkunjung ke Galeri Pameran Diraja menceritakan tentang sejarah kehidupan Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah sebelum dimahkotakan sebagai Sultan Brunei ke-29. Antara yang dipamerkan ialah gambar-gambar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan sewaktu remaja dan aktiviti kesukanan yang diceburi.

Galeri Pameran Jubli Perak yang mempamerkan suasana sekitar sambutan Jubli Perak yang menandakan genap 25 tahun Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Menaiki Takhta Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam tahun 1992. 

Lawatan Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Baginda Raja Permaisuri Agong berakhir dengan menandatangani lembaran kenangan ke Muzium Alat Kebesaran Diraja dan seterusnya menerima pesambah yang disembahkan oleh Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Attachments
Created at 8/20/2019 8:32 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 8/20/2019 8:38 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar