Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pesta Buku sempena Bulan Bahasa 2023

​​Sabtu, 5 Ogos 2023 - Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas. 

Majlis ​pelancaran Pesta Buku telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan bertempat di Dewan Perpaduan. 

Jabatan Muzium-Muzium menyertai Pesta Buku tahun ini dengan membawakan 6 tajuk baharu yang merupakan cerita pendek daripada terbitan Pertuturan dan telah dialih bahasa kepada Bahasa Inggeris. 

PBB2023 b.jpeg

Reruai Jabatan Muzium-Muzium boleh ditemui di nombor 34, dan selain daripada jualan terbitan,  Jabatan Muzium-Muzium turut menyediakan aktiviti sampingan berjadual.

PBB2023.jpeg

Pesta Buku Brunei diadakan selama 10 hari, bermula pada hari Sabtu hingga Isnin, 5 hingga 14 Ogos, pukul 8:30 pagi hingga 9:30 malam dan hari Jumaat, pukul 8:30 pagi hingga 11:30 pagi, 2:30 petang hingga 9:30 malam. 




Attachments
Created at 8/10/2023 12:15 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 8/10/2023 12:15 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar