Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Sambutan Ilal Hijrah 1445

Selasa, 7 Muharram 1445H/25 Julai 2023M. – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Sambutan Ilal Hijrah 1445 di Dewan Digadong Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Bagi memberkati majlis, majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai olah Yang Mulia Awang Haji Mohd Azrol Alim bin Haji Zaini, Pejabat Masjid Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Hal Ehwal Masjid.

Seterusnya, bacaan ayat suci Al-Quran, Surah Ali ‘Imran ayat 85 hingga 90, yang dibaca oleh Yang Mulia Awang Abdul Qawiyyel Azeez bin Haji Abdul Rajid,  Johan Qari Pertandingan Musabaqah Tilawatil Quran Belia Kebangsaan 1444/2023 dan Sari Tilawah disampaikan oleh Yang Mulia Muhammad Amirul Izzuddin bin Awang Samhiri, Pegawai Perpustakaan, Jabatan Muzium-Muzium.  

Ilal Hijrah 3.jpeg

Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus, Pemangku Pengarah Muzium selaku Pengerusi Majlis.


Ilal Hijrah 5.jpeg

Majlis diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk Ugama Dipelihara Negara Sejahtera yang telah disampaikan oleh yang Mulia Ustaz Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustafa, Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Dakwah Islamiah.

Ilal Hijrah 4.jpeg



Seterusnya, majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan Doa Selamat oleh kumpulan Firqah Al-Falaah untuk meraikan kepulangan 10 orang Jemaah Haji yang terdiri dari Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Ilal Hijrah 2.jpeg

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan Doa Memohon Perlindungan dari Wabak COVID-19 oleh Yang Mulia Haji Mohd Azrol Alim bin Haji Zaini, Pegawai Pemantau Zon 2, Pejabat Masjid Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Hal Ehwal Masjid dan Selawat Tafrijiyyah dan Sayyidul Istighfar sebagai penutup majlis.

​​Turut hadir ke majlis tersebut Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Ilal Hijrah 6.jpeg




Attachments
Created at 7/26/2023 12:13 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 7/26/2023 12:13 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar