Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Jabatan Muzium-Muzium menyertai Hari Mesra Pelanggan 2023

​Sabtu, 24 Jun 2023 - Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.  Hari Mesra Pelanggan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan 2023 telah diadakan selama 3 hari mulai Sabtu, 24 Jun hingga Isnin, 26 Jun 2023. 

Dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.


HMP 2023 i.jpeg

Penyertaan Jabatan Muzium-Muzium ialah mengetengahkan bidang-bidang utama yang terdapat di Jabatan Muzium-Muzium iaitu bidang-bidang Arkeologi, Kajibangsa, Ilmu Kejadian, Pengurusan Koleksi, Pemuliharaan Koleksi, Penyebaran Maklumat dan Arkib Negara, termasuk jualan terbitan Jabatan Muzium-Muzium. 

HMP 2023 f.jpeg 

HMP 2023 e.jpeg 

HMP 2023 g.jpeg 

HMP 2023 h.jpeg

Beberapa aktiviti sampingan turut disediakan untuk memeriahkan lagi reruai Jabatan Muzium-Muzium antaranya menyediakan kuiz, demonstrasi dan juga permainan bersaiz gergasi Congkak, Pasang dan Salok-Salokan. 

HMP 2023 l.jpeg


Kembara Bas : Jejak Warisan Bandar Seri Begawan juga turut diketengahkan dengan usaha bersama Pusat Sejarah Brunei yang memberi peluang kepada orang ramai untuk menaiki bas dan menyelurus Bandar Seri Begawan untuk diberi penerangan tentang sejarah dan warisan yang terdapat. 


HMP 2023 m.jpeg 

HMP 2023 j.jpeg
HMP 2023 k.jpeg



Attachments
Created at 7/4/2023 11:23 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 7/4/2023 11:23 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar