Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Majlis Pelancaran Festival Pameran Tradisi sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2023

Khamis, 18 Mei 2023 - Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja.  Jabatan Muzium-Muzium mengadakan Festival Permainan Tradisi sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2023 dengan mengetengahkan beberapa permainan-permainan tradisi di Negara Brunei Darussalam. 


Hadir untuk menyempurnakan majlis pelancaran ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohammad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

HMA 2023 3.jpeg


Dengan tema “Melestarikan Permainan Tradisi Kitani”, festival Permainan Tradisi in diharap dapat memberi impak positif dalam memperkukuhkan, memelihara dan memulihara warisan budaya dan identiti Negara Brunei Darussalam yang unik. 

HMA 2023 2.jpeg


Dengan memperkenalkan dan memberigakan tradisi dan warisan budaya melalui pameran dan festival seperti ini memberi ruang kepada orang ramai untuk mengetahui serta memahami tentang warisan negara kitani dan sekaligus menerapkan nilai-nilai teras keBruneian agar identiti kitani sebagai orang Brunei akan mengalir ke dalam hidup masyarakat negara ini. 


Festival Permainan Tradisi ini memperkenalkan permainan-permainan tradisi yang jarang dipraktikkan dan tidak diketahui oleh generasi baharu.  Festival diisi dengan pameran, demonstrasi dan tunjuk ajar permainan tradisi, jualan produk kraftangan dan seni dan jualan terbitan Jabatan Muzium-Muzium. Turut menambah kemeriahan festival ialah penglibatan beberapa institusi swasta termasuk Majlis Perundingan Kampong dan Persatuan-persatuan yang terlibat dalam festival ini termasuk Persatuan Kikik Negara Brunei Darussalam (PEKIKIK), Persatuan Gasing Kebangsaan (PERGAB), Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) dan jualan kraftangan daripada Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 


Antara permainan-permainan yang diketengahkan antaranya seperti Pasang bersaiz gergasi, kereta kirikan benang, kuit, kayu tiga, gatah berturus, salok-salokan, gasing pelajau, rising, simban, main gajah, kirut-kirut siding dan bermacam lagi.  Sebuah ruang untuk pengunjung mengambil gambar kenang-kenangan turut disediakan yang memaparkan suasana kampong.


Majlis diserikan dengan penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada penyumbang-penyumbang koleksi Jabatan Muzium-Muzium.


Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi Festival Permainan Tradisi ini mulai Sabtu, 20 hingga 25 Mei, 27 hingga 31 Mei 2023 mulai pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali hari Jumaat, tutup untuk kunjungan. 



Attachments
Created at 5/18/2023 3:53 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 5/18/2023 3:53 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar