Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pameran Semarak Kebangsaan 2023

​Rabu, 22 Mac 2023​ - Muzium Teknologi Melayu.  Jabatan Muzium-Muzium julung-julung kali mengadakan Pameran Semarak Kebangsaan dengan tema ‘Calak KeBruneian” sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke-39. 


Hadir untuk menyempurnakan majlis pelancaran ialah Puan Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Pameran Semarak Kebangsaan ‘Calak KeBruneian’ bertujuan untuk menyuntik semangat patriotisme selain daripada menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dengan mempamerkan bahan-bahan koleksi muzium. 

Pameran dibahagikan kepada 3 zon iaitu 
Zon A : Pewaris Identiti Bangsa mengetengahkan pameran busana perkahwinan 7 puak jati Brunei.
Zon B : Pencinta Negara mengetengahkan persembahan padang yang disertai beribu-ribu orang dalam sama-sama meraikan Hari Kebangsaan yang disambut setiap 23 Februari. 
Zon C: Penyumbang Pembangunan Negara mempamerkan fakta-fakta menarik mengenai pembangunan di Negara Brunei Darussalam.

Pameran ini akan diadakan selama 6 bulan bermula pada 22hb Mac 2023 hingga 16hb September 2023. Terdapat pelbagai aktiviti sampingan turut disediakan untuk meningkatkan kefahaman dan mengongsikan pengalaman yang bercalakkan keBruneian.  

Sepanjang bulan Ramadhan, waktu lawatan ialah setiap hari Sabtu hingga Khamis bermula jam 9:00 pagi hingga 3:00 petang dan akan kembali beroperasi seperti biasa di bulan Syawal. 

Waktu-waktu muzium tutup ialah:-
Setiap Hari Jumaat
1 Ramadhan
1 hingga 3 Syawal

Majlis Pelancaran Pameran Semarak Kebangsaan.jpeg


Majlis Pelancaran Pameran Semarak Kebangsaan (2).jpeg

Attachments
Created at 3/25/2023 10:17 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 3/25/2023 12:24 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar