Khamis, 9 Februari 2023 - Jabatan Muzium-Muzium telah mengadakan sesi perkongsian pertama dengan menjemput muzium-muzium, galeri-galeri dan balai di Negara Brunei Darussalam.
Museums Roundtable ini telah dipengerusikan oleh Puan Normasitirena binti Haji Suhaini, Pemangku Pengarah Muzium dan telah dihadiri oleh 23 muzium dan galeri dari institusi-institusi kerajaan dan bukan kerajaan termasuk muzium dan galeri di bawah Jabatan Muzium-Muzium.

Setiap muzium memperkenalkan mengenai muzium dan galeri masing-masing dan seterusnya mengongsikan cabaran yang dihadapi dan bagaimana menangani cabaran-cabaran ini.
Muzium-muzium dan galeri yang hadir ialah :

- Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
- Creative Space Gallery
- Currency Gallery and Gift Shop, Brunei Darussalam Central Bank (BDCB)
- Galeri Lentera Makmur, Jabatan Penerangan
- Galeri Pusat Sejarah Brunei
- Kampong Ayer Cultural Tourism Gallery
- Lamin Warisan
- Muzium ABDB
- Muzium Perhutanan Brunei, Sungai Liang dan Pusat Biodiversiti Hutan Tropikal, Jabatan Perhutanan
- Muzium Polis Diraja Brunei
- Pusat Pengajian Kesenian dan Kaligrafi Islam
- Seria Energy Lab
- Universiti Brunei Darussalam
- Universiti Teknologi Brunei
- Galeri Setem, Pejabat Pos
- Muzium Teknologi Melayu,Jabatan Muzium-Muzium
- Muzium Alat Kebesaran Diraja,Jabatan Muzium-Muzium
- Muzium Maritim Brunei Darussalam,Jabatan Muzium-Muzium
- Muzium Daerah Belait,Jabatan Muzium-Muzium
- Taman Warisan Tasek Merimbun,Jabatan Muzium-Muzium
- Taman Arkeologi Kota Batu,Jabatan Muzium-Muzium
- Galeri Sukan,Jabatan Muzium-Muzium
- Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja,Jabatan Muzium-Muzium.