Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

PAMERAN DIORAMA DUNIA MINI

Isnin, 12 Disember 2022 – Muzium Daerah Belait. Sebuah pameran sementara sedang diungkayahkan oleh Jabatan Muzium-Muzium melalui Muzium Daerah Belait dengan tajuk 'Pameran Diorama Dunia Mini'.

Majlis perasmian pameran 'Dunia Mini' ini telah dilaksanakan oleh Yang Mulia Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Pemangku Pegawai Daerah Belait.

Pameran Diorama Dunia Mini ini mengetengahkan hasil kerjatangan 3 orang pembuat diorama iaitu Awang Hj Riduan bin Hj Ibrahim, Awang Emran bin Haji Yahya dan Mohd Suzawadeen bin Mohd Zaidi.

Dunia Mini 1.jpeg

Diorama;  model tiga dimensi (3D) bertujuan untuk menggambarkan situasi yang sebenar dalam skala yang kecil.  

Diorama digunakan untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau untuk tujuan pendidikan termasuk merealisasikan imaginasi seseorang termasuklah sebagai koleksi.

Diorama terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz dan tahap ketelitian. Pelbagai bahan digunakan untuk menghasilkan diorama yang menunjukkan suasana dan alam sekitar dalam skala kecil.

Antara bahan-bahan yang digunakan termasuklah bahan-bahan yang dipakai buang akan dikitar semula dan kemudian diubahsuai untuk menjadikannya sebuah objek.

Pameran Diorama Dunia Mini dibukakan untuk kunjungan orang ramai sehingga 30 April 2023 antara jam 9 pagi hingga 4:30 petang kecuali hari Jumaat, Muzium Daerah Belait ditutup kepada pengunjung.

MINI WORLD DIORAMA EXHIBITION

Monday, 12 December 2022 – Muzium Daerah Belait. A temporary exhibition titled 'Mini World Diorama Exhibition' is currently held in Muzium Daerah Belait.

The launching of the exhibition was done by Yang Mulia Awang Mohamad Yassin bin Haji Ahmed, Acting Belait District Officer.

The exhibition are the work of 3 diorama makers Awang Hj Riduan bin Hj Ibrahim, Awang Emran bin Haji Yahya dan Mohd Suzawadeen bin Mohd Zaidi who show their ability in creating a diorama made from recycled materials with their individual touch added to create the perfect diorama.


Diorama is a 3-dimension to display real life situation in a smaller scale as part of a story telling either historical or for education purpose. A persons imagination are also brought to life in a small scale and be part of their personal collection.

Diorama comes in various shapes and sizes and the level of thoroughness and can be more elaborate depending on the maker.

The Mini World Diorama Exhibition is open to the public daily until 30 April 2023 from 9am to 4:30pm except on Fridays. 


Attachments
Created at 12/12/2022 4:15 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 12/17/2022 8:41 AM by Mariani Binti Hj Abu Bakar