Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pelancaran Pameran Seni Untuk Semua dan Logo Artisan Pusat Bahagia

8 Disember 2022 -  Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja.  Sempena Sambutan Hari Antarabangsa Orang Kelainan Upaya yang disamb​ut setiap 3 Disember,  ​​sebuah pameran bertajuk 'Seni untuk Semua' dan logo artisan Pusat Bahagia telah dilancarkan. Pameran anjuran Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan sokongan La Vida, Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam dan Smarter Brunei. 

Hadir selaku tetamu kehormat Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari, Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan).

Pameran dibukakan untuk kunjungan orang ramai sehingga 31 Disember 2022



Attachments
Created at 12/8/2022 7:57 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 12/8/2022 8:33 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar