Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Berhibur di Hab - Fun At The Hub

​Khamis, 1 Disember 2022 – Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja. Sempena cuti penggal persekolahan penghujung tahun 2022, Jabatan Muzium-Muzium dengan kerjasama Sparks Co. sedang mengadakan aktiviti bernama Fun at The Hub mulai 1 Disember hingga 18 Disember 2022.

Majlis perasmian 'Fun At The Hub' dilaksanakan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Nazmi bin Haji Mohamad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan. 

FATH Opening 1.jpeg

Turut hadir, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Timbalan Setiausaha Tetap dan Pengarah-pengarah di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

FATH Opening 2.jpeg

Aktiviti Fun At The Hub ini diungkayahkan untuk menggalakkan orang ramai terutama penduduk setempat mengunjungi Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja untuk mengetahui tentang sejarah Negara Brunei Darussalam sebelum dan selepas penemuan minyak dan gas bagi memupuk penghargaan kepada khazanah warisan negara.

Selain Jabatan Muzium-Muzium, Fun At The Hub melibatkan jabatan-jabatan dalam sektor kebudayaan iaitu Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan,  Pusat Sejarah Brunei dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Aktiviti tambahan juga turut disediakan untuk menarik minat orang ramai hadir dan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijadualkan sepanjang 'Fun at the hub'.

FATH Opening 4.jpeg

Dengan penyediaan aktiviti ini, turut mendukung matlamat Keluarga Kebangsaan yang memfokuskan kepada tema “Bersama Memeduli Keluarga" untuk mengalakkan setiap ahli keluarga meluangkan masa yang berkualiti bersama. Matlamat yang ingin dicapai ialah menyatukan, menyantunkan dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dengan penuh rasa kasih sayang, tanggungjawab serta memupuk rasa hormat -menghormati dalam diri setiap keluarga.

Waktu Operasi Fun At The Hub ialah setiap hari kecuali Isnin, antara pukul 2 petang hingga 9 malam.

Hab Tenaga Brunei Dermaga Diraja dibukakan untuk kunjungan orang ramai antara jam 9 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali hari Isnin dan pada hari Jumaat akan mula beroperasi pada jam 2 petang. 


Attachments
Created at 12/5/2022 3:50 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 12/5/2022 3:50 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar