21 OGOS 2018 - Jabatan Muzium-Muzium telah menerima sebanyak 20 bahan bacaan sumbangan dari Kedutaan Vietnam di Negara Brunei Darussalam bagi simpanan Koleksi Prestij Muzium di Bahagian Perpustakaan. Wakil dari Kedutaan Vietnam adalah Le Tuan Anh, Charge d' Affaires di Kedutaan Vietnam dan sumbangan tersebut diterima oleh Pemangku Pengarah Muzium-Muzium, Haji Mohammad Jefri bin Haji Sabli.