Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

SESI PEMBENTANGAN PROGRAM PENEMPATAN PELAJAR DARI UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM

​Empat mahasisiwi dari Universiti Brunei Darussalam telah mengadakan sebuah pembentangan selepas mengakhiri program penempatan pelajar yang bermula 09 Ogos sehingga 13 November 2021. Mahasiswi-mahasisiwi itu adalah Adelene Bao Li Yong, Siti Nurul Warhamni binti Haji Mohd. Taib, Siti Dhaniyah binti Haji Abd Rahim dan Siti Nur Syahindah @Nurul Syahindah binti Abdullah. 

Sepanjang tempoh 14 minggu itu, mahasiswi-mahasiswi ini telah ditempatkan ke Bahagian Arkeologi selama 18 hari, Bahagian Etnografi selama 18 hari, Bahagian Pembelajaran dan Penerbitan selama 5 hari, Bahagian Ilmu Kejadian selama 2 hari, Bahagian Pameran dan Perkhidmatan Teknik selama 5 hari, Bahagian Pemeliharan dan Pembaikan selama 9 hari, Bahagian Perpustakaan selama 5 hari dan Arkib Negara Brunei Darussalam selama 5 hari


Attachments
Created at 11/15/2021 12:17 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 11/15/2021 12:22 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar