Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Laman sesawang ASIA-EUROPE FOUNDATION (ASEF)

Negara Brunei Darussalam adalah ahli kepada ASEM (Mesyuarat Asia-Eropah)​ dan ASEF adalah sebuah yayasan yang menggabungkan pihak kerajaan, orang awam dan civil society dari negara-negara ASEM bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kerjasama antara masyarakat Asia dan Eropah dalam menyumbang kepada proses Forum Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM). 

Berkaitan dengan ini, ASEF juga sering mengiklankan 'open calls' bagi mengikuti projek-projek ASEM di bawah tujuh (7) bidang iaitu kebudayaan, ekonomi, pendidikan, tadbir urus, media, pembangunan mampan dan kesihatan awam.

Bagi sama-sama meraih kepentingan daripada keahlian Negara Brunei Darussalam di dalam ASEM dan juga ASEF, bolehlah mendapatkan maklumat terkini melalui laman sesawang ASEF iaitu https://asef.org.

Attachments
Created at 3/25/2021 1:40 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 3/25/2021 1:40 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar