​Rabu, 15 Julai 2020 - Semua muzium-muzium dan galeri dalam kawalan Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan tutup sehari sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-74 tahun.
Muzium-muzium dan galeri akan kembali beroperasi pada Khamis, 16 Julai 2020 pada tahap kedua pembukaan semula muzium-muzium dan galeri antara jam 9 pagi hingga 2 petang.