Jabatan Muzium-Muzium sukacita memaklumkan bahawa perlaksanaan tahap pertama pembukaan semula muzium-muzium, galeri dan arkib akan bermula pada hari Selasa, 16 Jun 2020.
Dewan-dewan pameran akan dibukakan kepada orang ramai pada setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad bermula jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang. Manakala Arkib Negara, hendaklah membuat tempahan terlebih dahulu.
Sehubungan itu, para pengunjung adalah dinasihatkan untuk mematuhi garis panduan yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk sama-sama mengamalkan tanggungjawab sosial, memastikan penjarakkan fizikal serta memastikan kebersihan diri dan persekitaran pada setiap masa.
Bagi sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Unit Perhubungan Awam, Jabatann Muzium-Muzium melalui emel info@muzium.gov.bn
Portal: https://www.museums.gov.bn
Facebook: @JabatanMuziummuziumbrunei
Instagram: @JabatanMuziummuziumbrunei
Telefon: +673 2381677