Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

PELANCARAN PRODUK PKWE DAN OKU DI PRASARANA KKBS

31 Oktober 2019, Khamis, Bandar Seri Begawan. Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui usahasama Jabatan Muzium-Muzium dan Jabatan Pembangunan Masyarakat membuka peluang kepada ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) dan Pusat Bahagia untuk menjana kewangan dengan menjual hasil produk masing-masing, di ruang-ruang legar Muzium Teknologi Melayu, Muzium Maritim Brunei Darussalam dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan  melancarkan petak jualan yang pertama di Muzium Teknologi yang diisi oleh Pusat Kegiatan Warga Emas cawangan Daerah Brunei Muara, dan seterusnya ke Muzium Maritim Brunei Darussalam, yang menjual produk Pusat Kegiatan Warga Emas, cawangan Tutong.  Pelancaran seterusnya di ruang legar Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan yang diisi oleh produk tangan hasil daripada Pusat Bahagia dari seluruh daerah. 

Turut hadir, Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin  Pengiran Haji Mahmud, Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) , Puan Dayang Saidah binti Haji Wahid @ Burut, Pemangku Setiausaha Tetap (Pengurusan Strategi dan Dasar) dan Yang Mulia Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said, Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Amirul Shukri bin Hj Hafneh, Pemangku Pengarah Muzium-Muzium dan Yang Mulia Dayang Rostinah Binti Pehin Orang Kaya Seri Sura Pahlawan Dato Paduka Haji Mohammad Tahir, Pemangku Pengarah JAPEM termasuk ketua-ketua cawangan PKWE dan Pusat Bahagia.

Antara produk-produk yang dihasilkan oleh PKWE dan Pusat Bahagia terdiri daripada hasil pertukangan tangan iaitu bakul, pasu bunga, beg tangan diperbuat daripada manik dan bakul anyaman dan juga makanan-makanan kering. 

Pelancaran petak-petak jualan ditempat-tempat strategik ini diharap dapat memberi peluang kepada warga-warga emas dan golongan kelainan upaya terus menyumbang kepada pembangunan negara dengan memberikan hasil yang optimum sekaligus memberi pendapatan melalui ‘social enterprise’.

IMG_0583.JPG

IMG_0612.JPG

Bersama PKWE cawangan Brunei Muara di Muzium Teknologi Melayu

IMG_0653.JPG

IMG_0689.JPG

Bersama PKWE cawangan Tutong di Muzium Maritim Brunei Darussalam


DSC_7529.jpg

DSC_7536.jpg

Pusat Bahagia di ruang legar Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan

Muzium Teknologi Melayu dan Muzium Maritim Brunei Darussalam, secara kolektif menerima 66,370 pelawat dari Januari hingga September 2019, dan 70% daripada pengunjung terdiri daripada warga asing.

 

# # #

Attachments
Created at 10/31/2019 4:25 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 10/31/2019 4:32 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar