Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

MAJLIS PENYERAHAN RASMI KOLEKSI GAMBAR ARKIB SYARIKAT MINYAK BRUNEI SHELL SDN BHD KEPADA ARKIB NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

​Khamis, 06 Ogos 2020- Jabatan Muzium-Muzium, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah menerima lebih dari 30 ribu keping gambar daripada koleksi Arkib Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn. Bhd.

Penyerahan telah dilaksanakan antara Yang Mulia Dr Ceri Powell, Pengarah Urusan Syarikat Minyak Shell Sdn Bhd kepada Yang Mulia Dayang Nor Masitirena binti Haji Suhaini, Pemangku Pengarah Muzium-Muzium dan disaksikan oleh Yang Mulia Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah, Timbalan Setiausaha Tetap (Kebudayaan), Kementerian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.  Turut hadir Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji 'Abdul Quddus bin Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, Pegawai Tugas-Tugas Khas dan Yang Mulia Awang Haji Jefri bin Hj Sabli, Pemangku Ketua Pegawai Arkib, Jabatan Muzium-Muzium.

handover b.jpeg

Gambar-gambar yang diserahkan ini menunjukkan suasana Negara Brunei Darussalam se-awal tahun 1920an, apabila penemuan minyak pertama di Seria termasuk batu peringatan telaga minyak pertama yang digali dalam tahun 1929. Sejarah perkembangan Negara Brunei Darussalam juga turut dilihat melalui koleksi gambar-gambar ini yang melihatkan sosio-ekonomi dan budaya termasuk sejarah-sejarah penting berkaitan dengan lawatan–lawatan pembesar-pembesar negara ke Negara Brunei Darussalam. 


handover c.jpeg

Sebuah tayangan video yang memaparkan antara koleksi gambar arkib Syarikat Minyak Brunei Shell turut dipertontonkan semasa majlis penyerahan rasmi ini.

Pentingnya gambar-gambar ini disimpan di Arkib Negara Brunei Darussalam, adalah untuk dijadikan sebagai bahan rujukan dan merupakan dokumen primer bukti sejarah yang dapat dilihat sampai masa ini sesuai dengan misi penubuhan Arkib Negara Brunei Darussalam, iaitu sebagai 'pusat sumber maklumat dan sumber penyelidikan negara dalam mengumpul, mengenalpasti dan memelihara rekod-rekod kerajaan dan awam yang mengandungi nilai-nilai sejarah, kebangsaan dan abadi sebagai ristaan untuk generasi dan warga Negara Brunei Darussalam'.  

Orang ramai bolehlah mengunjungi sebahagian koleksi gambar-gambar ini di Muzium Daerah Belait pada setiap hari Selasa hingga Khamis, Sabtu hingga Ahad antara jam 9 pagi hingga 2 petang.   

handover g.jpeg


Attachments
Created at 8/6/2020 6:56 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 8/6/2020 6:57 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar