Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Announcements

Pembukaan semula tahap pertama (level 1) Muzium, Galeri dan Arkib

Jabatan Muzium-Muzium sukacita memaklumkan bahawa perlaksanaan tahap pertama pembukaan semula muzium-muzium, galeri dan arkib akan bermula pada hari Selasa, 16 Jun 2020. 

Dewan-dewan pameran akan dibukakan kepada orang ramai pada setiap hari Selasa, Khamis dan Ahad bermula jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang. Manakala Arkib Negara, hendaklah membuat tempahan terlebih dahulu.

Sehubungan itu, para pengunjung adalah dinasihatkan untuk mematuhi garis panduan yang telah disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk sama-sama mengamalkan tanggungjawab sosial, memastikan penjarakkan fizikal serta memastikan kebersihan diri dan persekitaran pada setiap masa.

Bagi sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Unit Perhubungan Awam, Jabatann Muzium-Muzium melalui emel info@muzium.gov.bn 

Portal: https://www.museums.gov.bn

Facebook: @JabatanMuziummuziumbrunei 

Instagram: @JabatanMuziummuziumbrunei

Telefon: +673 2381677




Attachments
Created at 6/19/2020 2:28 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar
Last modified at 6/19/2020 2:28 PM by Mariani Binti Hj Abu Bakar